Games

Sunday, December 30, 2007

2008!

2008! Selamat tahun baru !!! takde ape yg nak aku tulis rasenya pasal tahun baru ni, lagipun dah ramai orang tulis pasal tahun baru, azam baru, harapan dan benda2 lain yg baru.

Paralisis..sebab tak tau kat mane nak mula....tapi aku rasa.. boleh mulakan dimana2 saja.


Selamat 2008!!

Thursday, December 27, 2007

Cari idea semasa melayari inetrnet

Antara faktor yg penting bila korang nak buat duit dalam talian ( online) ialah berfikir dan merancang seperti seorang usahawan. Untuk mencipta atau mengubah idea2 atau konsep2 dalam membina blog/web yg mampu menjana keuntungan ialah sebiji minda yg inovatif. Minda yg inovatif nilah yg banyak terlibat dalam proses berfikir dan merancang. Proses merancang dan berfikir nilah yg menentukan kejayaan sesuatu projek.
Untuk membina blog/web yg mampu menghasilkan duuit yg banyak, korang bukan sahaja perlu menghasilkan isi kandungan yg berkualiti secara kerap tetapi korang juga perlu paham camner blog/web lain ( yg berjaya) beroperasi dan blog/web lain gagal. Korang boleh perhatikan dari berbagai perspektif. Camner mereka dapatkan ramai pembaca dan pelawat, menghasilkan duit, model perniagaan dan rekebentuk blog/web mereka.
Selain tu, korang juga perlu tahu apa yg dicari oleh pengguna internet setiap kali diorang melayari internet. Hiburan, kenalan, produk, info yg berguna, penyelesaian dan perniagaan ( duit ). ni semua adalah apa yg kita dan mereka cari ketika melayari internet, jadi kita perlu wujudkan apa yg mereka cari.
Munkin kita adalah orang biasa dan bukan seorang usahawan, tapi kita boleh berfikir seperti seorang usahawan yg dahagakan kejayaan. Seorang usahawan mencipta/ membina sesuatu yg menguntungkan dan stabil. Untuk memiliki blog/web yg mampu menghasilkan keuntungan yg
stabil kita perlu berfikir seperti seorang usahawan. Senang cerita, camner nak menjana keuntungan!!
Korang boleh berfikir cara seorang usahawan berfikir semasa korang melayari internet. Korang boleh dapat banyak maklumat sewaktu korang melayari internet. cuba korang oerhatikan blog/web yg korang lawati tu betul2. Cari idea2 dan konsep2 pada web/blog tu yg boleh korang terapkan pada blog/web korang. Lihat bagaimana blog/web tu mendapat lebih perhatian berbanding blog/web lain.

Jika korang bercadang nak bina web dan blog yg mampu menjana keuntungan, korang perlu keluar dari perspektif sebagai seorang pengguna dan berfikir deperti seorang usahawan. Ia membantu korang untuk memahami dan mendapatkan idea2 untuk mencari keuntungan.
setiap kali korang melayari internet & lawat blog/web orang lain, korang cuba perhatikan perkara2 berikut:-

- Idea2 dan tajuk2 penulisan/isi kandungan.
web dan blog yg berjaya atau popular biasanya hasilkan isi kandungan yg berkualiti da berguna. Korang boleh cari idea2 disebalik isi kandungan mereka.

-Camner blog/web tu buat duit?
korang boleh tengok model perniagaan sesuatu web tu. Bagaimana merek boleh buat banyak duit dari model perniagaan mereka? samada dari iklan, komisen, penjualan produk, servis atau memberi info. Korang boleh terapkan mana2 yg sesuai pd blog/web korang.

-Penggunaan dan rekabentuk
ada blog/web yg menghasilkan rekabentuk yg menarik dan mempunyai cara penggunaan yg mesra pengguna dan unik. bagaiman mereka menonjolkan iklan atau produk2 yg dijual dan susunatur blog/web itu. Jangan tiru rekabentuk/design mereka, cuba dapatkan konsep dan idea membantu.

-Faktor populariti
kenapa blog/web itu popular? kenapa artikel2 mereka menarik perhatian dan mendapat komen?

Monday, December 24, 2007

Bagaimana nak dapatkan ramai pelawat datang ke blog anda?

Ni soalan bagaimana..maksudnya ada sesuatu yg perlu dilakukan.
Camner nak dapat ramai pelawat ( traffic)?
Camner nak promote?
Apa nak buat untuk dapatkan pelawat?

korang cuba buat camni...
- cam biasa, korang pun munkin dah tahu. Dapatkan isi kandungan yg berkualiti dan menarik. Biasanya ada unsur2 ke'gempak'kan pada penulisan tersebut. Dari tajuk artikel sampai le ke penutup artikel. Kualiti tu yg penting.
-korang sendiri perlu jadi terkenal. Jadikan blogger2 lain ( blogger2 yg berjaya) sebagai kawan. Lawat blog mereka, beri komen yg bernas, berinteraksi dan cuba dapatkan pelawat melalui blog mereka. Dengan memberi komen yg bernas pada artikel2 yg mendapat perhatian, korang ada peluang untuk dikenali. Biasanya orang lain atau penulis blog akan memberi reaksi kepada komen yg bagus dan kontroversi(?). Bila orang lain dah mula kenal korang, mereka munkin akan melawat blog korang. Korang juga boleh mendapat perhatian apabila korang ber'forum' atau chat. Cari ramai kawan untuk menjadi seorang yg dikenali.

Hmm... korang boleh cuba dan lihat apa kesannya, tapi korang kena pastikan yg isi kandungan blog korang tu memang bagus, baru bleh dapat pelawat yg menjadi peminat.

Sunday, December 23, 2007

tulis blog - Kenapa?

Kenapa dengan aku ni? Tiba2 je tulis pasal 'kenapa'. Tapi, 'kenapa' adalah soalan yg penting untuk semua orang. Kita selalu diajar bagaimana, tetapi jarang diberitahu kenapa.
Tapi kenapa?
Kalau korang nak jadi seorang blogger yg berjaya dan mampu menghasilkan duit melalui blog, korang cuba jawab soalan2 kenapa berikut:
- kenapa orang lain perlu melawat blog aku?
- kenapa orang tak melawat blog aku?
- kenapa pelawat2 blog aku ni perlu klik pada iklan?
- kenapa pembaca suka sesebuah topik berbanding topik yg lain?
- kenapa blog aku kurang pelawat?
- kenapa artikel2 aku kurang mendapat perhatian?

selepas munculnya soalan2 kenapa ni, cuba selesaikan soalan 'bagaimana' pula. Kita perlu bertanya kenapa kita masih gagal dan bila sudah berjaya kita bertanya kenapa kita berjaya. Sebab dan kesan adalah sebahagian dari kenapa. Dengan mencari sebab hasil dari kesan2, kita pasti akan mendapat jawapan dan memulakan tindakan dengan menggunakan 'bagaimana'.

jadi, kenapa korang baca artikel ni? sila komen.

Saturday, December 22, 2007

Merancang untuk menulis

Tahun ni dah nak abis, tinggal seminggu jer lagi nak masuk tahun baru. Biasanya kita akan melihat sesuatu yg baru dengan penuh harapan. Apakah harapan kita untuk tahun baru ni...2008? Tapi yg penting ialah perancangan. Munkin ramai diatara kita sudah merancang untuk tahun baru atau sedang mencari idea untuk projek2 2008.
Bagi mereka yg menulis blog, korang tahu apa yg korang nak buat tahun depan?.. Menulis untuk blog juga perlu ada perancangan. Merancang penulisan. Mencari apa yg perlu untuk menjana idea penulisan.
Senang cerita, apa2 projek yg nak dibuat perlu ada calendar dan jadual. Calendar dan jadual adalah benda yg terlibat dalam perancangan korang. Bukan ape, kalau nak jadi penulis yg bagus kita perlu ada banyak idea ( yg bagus & berkesan ). Jadi, untuk dapatkan idea, kita perlu ada masa. Masa ni pulak kalau tak diurus dengan betul boleh merencatkan perancangan dan perancangan ni pulak melibatkan masa dan disiplin.
Untuk menghasilkan artikel secara konsisten bukan perkara yg mudah. Apatah lagi kalau semua artikel tu perlu ada kualiti. Kat sini kita perlu merancang untuk menulis. Korang boleh merancang untuk menghasilkan sesuatu artikel seminggu lebih awal sebelum korang publish. Katakan hari ni korang korang cari topik atau tajuk2 yg korang nak tulis dan post pada hari tertentu minggu depan, jadi, sepanjang minggu ni korang dah boleh buat pencarian untuk penulisan tersebut. Korang boleh cari bahan2 yg berguna untuk tambah idea yg berkualiti untuk penulisan tersebut. Dapatkan idea2 orang lain berkenaan topik tersebut dan juga bahan rujukan.
Apabila menghasilkan penulisan untuk blog, korang bukan sahaja menghasilkan artikel tapi korang juga perlu menguruskan blog korang. Munkin korang perlu melayan komen dan e-mail dari pembaca atau membuat maintenance atau ubahsuai. Perlu ada jadual untuk buat kerja2 tu.
Selain dari merancang menghasilkan penulisan lebih awal korang boleh pilih masa atau hari tertentu untuk menulis. Pilih hari dan masa yg paling sesuai untuk menulis.

Korang boleh tetapkan hari2 tertentu untuk meghasilkan penulisan di mana pada waktu itu korang akan merasa lebih relax dan tenang. Jangan biasa menghasilkan penulisan dalam tekanan.
kalau korang dapat idea2 spontan yg boleh korang selitkan dalam penulisan akan datang, korang boleh simpan idea2 tu, catat atau rekod idea2 tersebut. Korang boleh buat satu calendar sendiri untuk uruskan penulisan korang. Boleh cuba Microsoft Excel kalau pandai.
huh, bukan mudah nak jadi penulis yg bagus di mana penulisan tersebut boleh menjana pendapatan samada secara langsung atau tidak.
Munkin ada diantara korang menulis dalam tema2 yg berbeza dan ada lebih dari satu blog.Banyak idea yg diperlukan, jadi, pengurusan adalah penting.
Kita memang tak boleh melihat masa depan tapi masa yg dah berlalu boleh direkod. Rekodkan apa yg terlintas (idea2)kepala korang. KOrang juga boleh lihat bila masanye idea korang datang mencurah2. Gunakan masa tersebut untuk memerah otak.
Senang cerita, korang perlu merancang lebih awal untuk hasilkan sebuah penulisan yg berkualiti,cipta rutin sendiri, beri ruang untuk diri sendiri berfikir, dapatkan ketenangan untuk diri sendiri dan hasilkan penulisan yg bagus untuk blog korang.

Wednesday, December 19, 2007

Google Adsense - Iklan yang boleh menjana pendapatan untuk blog dan web

Korang ade web atau blog sendiri? Kalau ade, ni ade peluang utk korang buat duit sikit. nak buat banyak pun boleh.
Ok, senang je. Korang daftar Google Adsense dan letak iklan pada blog atau laman web korang. Pastu korang tunggu je pelwat atau pembaca blog/web korang klik pada iklan tu. Korang akan dapat bayaran dari Adsense untuk setiap klik.



Adsense adalah cara yg paling mudah, efektif & percuma ytk korang buat duit dariblog dan web korang sendiri. Iklan2 Adsense yg diletak pd web/blog korang bergantung pada isi kandungan blog/web korang. Katakan blog/web korang adalah berkenaan teknologi komunikasi, Adsense akan memeriksa blog/web korang dan meletakkan iklan yg relevan dengan topik teknologi komunikasi.
Korang tak perlu melabur atau keluar duit yg banyak utk buat duit dengan Adsense. Cukup le sekadar idea utk hasilkan kandungan blog/web & promote blog/web korang. Kalau korang mampu bina laman web atau blog yg baik ( mampu menarik minat), peluang untuk buat duit tu dah ade. Bila dah ramai orang lawat blo/web korang, mereka munkin akan klik pd iklan Adsense di blog/web korang. Jadi korang memang boleh buat duit.
Untuk menjana duit/pendapatan lumayan, banyak perkara/topik berkenaan Adsense yg korang perlu belajar. Korang tak akan dapat duit kalau tak de orang klik pada iklan2 kat blog/web korang & korang tak akan dapat sebarang klik kalau takde orang datang melawat blog/web korang. Maksud aku, untuk buat duit melalui pemasangan iklan ni, korang perlu ada ramai pelawat. Secara realitinya, kalau blog/web korang tu tak best & tak berguna, tak de sape nak lawat & klik pada iklan korang. Penting!
Ni aku nak bagitau korang, bila korang dah daftar & letak iklan pd blog/web korang, korang perlu mematuhi syarat2 yg ditetapkan oleh Google. Penting! - Jangan klik pada iklan sendiri, Google boleh mengesan tindakkan korang tu dan korang akan disenarai hitam.

Sunday, December 16, 2007

Minat menulis - Buat duit dengan penulisan pada blog

Aku rasa ramai di antara kita yang minat menulis dan hasilkan artikel. Munkin ramai diantara korang yang ada banyak idea dan berbakat dalam penulisan. Huh, aku ni x de bakat, tapi suka gak menulis. sebab tu penulisan aku tak berapa formal bahasa nya.
Bagi korang yang minat menulis dan hasilkan artikel tapi x de orang nak baca hasil2 korang tu, korang cuba hasilkan blog. Blog adalah tempat untuk korang tunjukkan bakat menulis dan tunjukkan idea dan pandangan korang terhadap sesuatu isu. Pastu korang suruh le kawan2 atau kenalan2 chat korang baca blog korang dan bagi komen.
Kalau nak lebih ramai orang baca artikel2 atau idea2 korang, korang perlu susun strategi untk jadikan blog korang popular. Korang akan rasa puas bila ramai orang baca artikel2 dan idea2 korang. Korang akan rasa lebih puas bila semua tu mampu menjanakan pendapatan yg lumayan untuk korang dan hal ni tak mustahil. Penulisan blog mampu hasilkan pendapatan untuk mereka yang serius, jujur dan banyak idea. Itulah keajaiban internet. Siapa sahaja boleh jadi penulis dan sampaikan idea.
Idea yang unik dan berkualiti mudah menjadi tumpuan. Blog yang bagus mampu hasilkan kandungan berkualiti, unik dan konsisten. Kalau korang boleh hasilkan berpuluh artikel mengenai sesuatu topik, korang dah boleh susun strategi untuk cari pembaca. Bila korang dah ada ramai pembaca atau fan (peminat), peluang untuk buat duit dari blog dah ade.
Kandungan yg berkualiti adalah kata kunci di sini. Artikel2 korang tu mestilah berguna pada pembaca. ( adakah artikel aku ni berguna untuk korang?). samada ia adalah sejenis ilmu, info, berita, gambar, audio, video atau lawak.
Huh, kalau idea dan artikel korang memang bagus dan berguna tapi takde orang lawat dan baca blog korang, x de gunanye jugak. korang tak dapat kepuasan. Bab ni korang perlu luangkan masa untuk belajar. camaner nak dapatkan pembaca dan pelawat blog ( traffic )? Traffic adalah penting! munkin korang boleh melabur sikit untuk beli link dari web & blog lain atau iklankan blog korang. Bab ni pun korang perlu buat kajian sendiri dan munkin aku boleh tolong. Banyakkan membaca dan dapatkan khidmat nasihat dari blogger2 yg dah berjaya.
Cukup le dulu aku merepek.

Tuesday, December 11, 2007

Kunci Kejayaan - Melabur pada diri sendiri

Aku nak merepek lagi. Kali ni pasal pelaburan pada diri sendiri. Pelaburan pada diri yang aku maksudkan ialah menjadikan diri kita lebih bagus dan hebat. huh!!
Korang jangan risau, tak rugi korang melabur duit korang utk diri korang sendiri jika korang membuat pelaburan yg betul. Camner?
Senang je, korang tambah ilmu korang. jangan salah sangka, bukan ilmu hitam! Ilmu yg aku maksudkan ialah pengetahuan dan kemahiran utk korang tambahkan pendapatan dan nilai diri. Bak kata omputih - " Knowledge is weapon"- Ilmu pengetahuan tu senjata
Ilmu pengtahuan ni memang berguna dan tak rugi korang berbelanja untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Untuk setiap orang, bidang ilmu mereka munkin/adalah berbeza. Korang dapatkan dan dalami ilmu mengikut bidang yang korang ceburi atau bidang baru.
Seorang tukang masak yg ingin menjadi tukang masak yg hebat perlulah mendalami dan belajar ilmu memasak sebanyak munkin. Untuk menjadi seorang tukang masak yg lebih baik dan menjana pendapatn yg lebih tinggi, si tukang masak perlu lebih banyak belajar utk menjadi antara yg terbaik dalam arena masak-memasak.Si tukang masak perlu melabur utk mendapatkan ilmu dan kepakaran memasak. jika kemahiran & ilmu si tukang masak itu meningkat maka pendapatannya meningkat.
Begitu juga dengan bidang2 lain. Kalau korang nak jadi jutawan internet, korang perlu banayak belajar dan mendalami bidang internet. Korang perlukan wang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran korang. Untuk mendapatkan kemewahan dan kekayaan, korang perlu jadi yg terbaik dalam bidang yg korang ceburi. Untuk menjadi yg terbaik - ilmu dan kepakaran diperlukan. Mempuyai kepakaran yg tinggi dalam bidang masing2 boleh menjana pulangan yg tinggi.
Apakata korang simpan sebahagian dari pendapatan korang untuk dilaburkan pada ilmu. Korang gunakan RM100 sebulan utk beli buku2, majalah2, atau video2 yg boleh menambahkan ilmu dan kepakaran korang. Selain itu korang juga boleh menjana idea2 baru dlm bidang korang.
selain membeli buku, majalah atau video, korang boleh sertai seminar atau kursus. Korang munkin boleh/mampu belajar sesuatu yg baru utk dapatkan kemahiran baru. Setelah mahir, korang boleh gunakan kemahiran tu untuk menjana pendapatan baru samada sambilan atau sepenuh masa.
Seorang guru sekolah yg menyertai kursus mambaiki telefon bimbit boleh menggunakan kemahiran mambaiki telefon bimbit itu utk menjana pendapatan secara sambilan. Pendapatan guru itu bertambah. Begitu juga dgn korang, belajar kemahiran baru utk mandapatkan hasil yg baru.
Korang juga boleh mencari orang2 yg pakar dalam bidang korang dan belajar dari mereka. Ni kira short-cut le.
Melabur untuk ilmu memang tidak merugikan. kemahiran yg tinggi akan menjana pendapatan yg tinggi. Jadi, korang jamgan kedekut untuk berbelanja sebahagian duit korang utk dapatkan ilmu. Ilmu diperlukan uuntuk menjadi lebih baik...dan lebih baik korang melabur untuk ilmu. Huh..
Ada banyak lagi cara untuk korang dapatkan ilmu & tanbah isi dompet korang.
- melaburlah pada ilmu untuk diri sendiri - Selamat melabur.

Thursday, December 6, 2007

Elemen2 Blog

Bagi mereka yg baru nak kenal2 dgn blog, korang kene tahu tentang elemen2 pada sesebuah blog. Benda ni penting sebab ia adalah asas kepada pembinaan blog. kalau korang nak buat duit dengan blog, blog korang mesti ada asas yg kukuh. Berikut adalah elemen2 yg perlu ada utk setiap blog.

1. About PAge - Korang kene cerita skit pasal diri korang & blog yg korang tulis tu. Pembaca biasanya ingin mengetahui siapa sebenarnya yg berada disebalik tabir blog. Tulis tentang diri anda, nama ( sebenar @ samaran ) , minat, hobi dan kenapa orang lain kena baca blog yg korang tulis ni. Letak le gambar, kalau boleh gambar yg ada senyuman atau korang nampak hepi.


2. Contact Page - Untuk pembaca korang dapatkan e-mail korang. Korang letak le alamay e-mail atau nombor telefon ( kalau korang rajin nak jawab SMS atau call) kat page ni supaya pembaca pelwat dapat berhubung dgn korang.
3. Categories / Labels - Korang bahagikan artikel2 korang kepada ketegori tertentu ( mengikut kesesuaian topik). Ini memeudahkan pelawat mencari artikel mengikut kategori atau label.
4. Subscribe Button - Pembaca/ pelawat boleh daftar untuk mendapatkan suapan dari blog korang.
5. Search Box - Bukan ape, senang skit diorang nak explore blog korang. Pelawat akan masukkan kata kunci/perkataanpada search box untuk mencari kandungan yg relevan dgn pencarian mereka di blog anda. - memudahkan pengguna.
6. Iklan - pasang iklan untuk buat duit!

Tuesday, December 4, 2007

Penulisan Blog - Bagaimana Menjana Pendapatan ( buat Duit) hasil dari penulisan blog



Menulis blog boleh buat duit. Nape, tak percaya? Takpe kalau x percaya, itu hak individu samada nak percaya atau tidak.
Ok, ni aku nak cite skit. Biasanya blogger mendapat hasil pendapatan dari pemasanagan iklan pada blog mereka. Iklan2 ni biasanya dalam bentuk teks, ada juga dalam bentuk gambar dan animasi. Pemasangan iklan pada blog adalah cara yg paling popular, efektif, mudah dan percuma. Program iklan teks yg paling popular ialah Adsense dari Google. Selain Adsense, ada beberapa program iklan lain yg korang boleh pasang kat blog korang. Antaranya ialah BlogAds, Chitika's eMinimalls, Text Link Ads, CripsAds, AzoogleAds, Intellitxt, Peak Click, Adbrite, Industry Brains, AdHearUs, Kanoodle, AVN, FastClick, Bidvertiser, Pheedo dan ada banayak lagi. Tapi yg palaing popular dan mudah ialah Google Adsense. Adsense menerima blog berbahasa Melayu.


Iklan2 pada blog ni boleh di klik oleh pelawat atau pembaca blog korang. Setiap klik akan menghasilkan duit untuk korang. Hasil bagi setiap klik bergantung pada jenis iklan itu sendiri. Anda boleh mendapat bayaran antara USD 0.02 hingga berpuluh dollar untuk setiap klik daripada pelawat atau pembaca blog korang.
Kalau Blog korang boleh dapat 10 klik sehari dan hasil bagi setiap klik ialah USD 0.002 utk setiap klik, korang dah dapat USD 0.20 sehari, sebulanboleh dapat USD 6.00. Cuba bayangkan kalau korang boleh dapat 100 atau 1000 klik sehari dan bayaran setiap klik ialah USD 0.50.....fuh! Ni contoh jer. Sebelum blog korang boleh buat duit, korang perlu bina blog yg berkualiti dan senang cite disukai ramai. hanya blog yg terbaik je boleh buat duit dengan konsisten.
Selain dari memasang iklan, korang boleh buat duit dengan menyertai program Affiliate. Senang cakap korang jual produk/servis atau hantar pelawat korang ke web mereka dan dapat komisen. Antara yg popular dan terbesar ialah Amazon, Link Share,Commision Junction dan Click Bank. Ada banyak lagi program affiliate korang boleh sertai.
Korang boleh buat duit ( lagi!) dengan menjual produk digital korang macam e-book, audio atau video. Benda2 cam ni boleh dikira sebagai digital asset.
Selain tu, korang boleh menulis untuk blog/web lain atau tulis tentang produk/servis untuk syarikat/individu lain dan dapat upah. Blogger yg mempunyai kemahiran menulis yg tinggi boleh cuba tulis artikel2 utk orang lain dan dapatkan upah. KOrang boleh cuba program PayPerPost. Jika korang dikenalpasti mampu menulis dengan baik, peluang unutk korang mendapat offer agak cerah. Ada juga blogger2 yg hebat menulis mendapat peluang menghasilkan artikel untuk akhbar dan majalah. -Penulisan blog adalah langkah awal untuk menjadi seorang penulis.
Satu lagi cara baru utk buat duit ialah jual blog ( Flipping Blog). Kalau blog korang ni ada ramai audience dan memang best ada pelunag untuk laku. Janga terkejut ada yg dah berjaya jual blog mereka dengan harga beribu hingga berjuta dollar. Fuh!
Merchandising - Ni satu lagi cara nak dapat duit. kalu blog korang dah popular dan ade peminat sendiri, cuba2 le buat t-shirt, topi, beg dan lain2 lagi atas jenama blog korang. Cara ni kurang berkesan, tapi kalau produk tau jenama korang tu memang best dan mampu memikat hati segenap pelawat blog korang, ade le rezekinya.
Akhir sekali, kalau blog korang ni dah maju dan jaya dan korang dah jadi seorang blogger yg hebat, korang boleh cuba adakan seminar atau bengkel utk blogger2 baru atau blogger2 yg x maju lagi dan kenekan bayaran. Tak salah korang turunkan skit ilmu tu dan dapat bayaran.


Huh... betul ke benda camtu boleh buat duit? Korang boleh cuba dan belajar. Menjana pendapatan dari blog bukan perkara mudah. Untuk mendapat hasil lumayan setiap bulan melalui blog, korang kene peka dan sentiasa belajar mengenai blog, internet, iklan , marketing dan jaringan social ( sociAL NETWORKING). Untuk buat duit dengan cara2 yg dinyatakan tadi,
yg paling penting ialah pembaca/pelawat ( audience). Jika ada ramai pelawat /pembaca artikel anda, populariti blog anda akan meningkat. Mereka munkin akan klik pada iklan yg anda pasang atau membeli produk/servis yg diiklan pada blog anda. jadi kata kunci di sini ialah popular. Untuk menjadikan blog korang popular korang kena hasilkan kandungan ( content) yg bagus dan berguna ( berkualiti ). Bak kata Bill Gates - " Content is King" - " kandungan adalah raja".
Tapi kalau content tu x de kualiti tak guna juga dan pupolariti xkan ade.
banyak lagi yg akan tulis mengenai penulisan blog dan penjanaan pendapatan melalui blog.

Saturday, December 1, 2007

Camner nak buat satu blog yang popular?



Soalan yg menjadi tajuk penulisan aku minggu ni. Dah berhari2 gak aku tak tulistulis kat blog ni.

Korang pernah terpikir nak bina blog yg popular? Tak kira le, untuk popular kat dalam negara atau luar.
Blog yg popular adalah blog yg ada ramai audience atau fan atau peminat atau pembaca atau semuanya. Jadi, kalau nak suruh orang minat atau suke kat blogkite, blogkite mesti le best. Ade content2 yg menarik dan membantu. Bile dah ramai orang baca atau lawat blogkite, ade potensi untuk ia berkembang dan menjadi buat mulut orang.


Sebelum tu....huh..camner nak bagi tau sume orang yg kite ni ade blog yg best. Sussah gak nak buat. Mula2 korang cuba bagitau kat kawan2 atau kenalan2 (masa korang chatting). Tunjukkan kat diorang yg blog korang ni memang best. (pastikan blog tu dah ade content baru bagitau orang). Teknik kurang berkesan sebab kawan2 kite tu tak ramai dan kenalan2 chat biasanya x suka membaca. Tapi ok le sebagai langkah pertama.

Huh... camner nak bagitau orang..
Pastu korang cuba cari blogger2 lain dan contact diorang. Suruh diorang tengok blogkite, baca artikel2 kite dan bagi komen. kalau boleh suruh diorang buat link antara blog korang dan blog diorang. Maksudnya kat blog dia ada link untuk ke blog korang dan kat blog korang ade link untuk ke blog diorang. Link ni penting. aku akan cerite lagi pasal link ni.

Selain tu korang kene pandai tulis artikel dengan memasukkan keyword ( kata kunci ). Ini satu bab yang aku kene tulis lain kali.

ade banyak lagi benda yang korang kene buat/tahu untuk jadikan blog korang popular. Aku akan ceritakan satu persatu dalam bahasa melayu.....kalau korang ade blog...contact aku dan kite boleh buat link anatra blog.

Ape2 hal buat le content yg berkualiti..baru le orang suka nak baca blog kite..

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner