Games

Tuesday, February 19, 2008

Nanoteknologi

KOrang mesti pernah dengar pasal ni, Nanoteknologi (nanotechnology). Teknologi nano ni adalah satu teknologi dan penemuan terbaru manusia. Nak kata baru pun tak juga, tapi teknologi ni mula dibangunkan pada 80-an. Sebelum tu pun dah ade idea2 yg diutarakan mengenai nanoteknologi ni.
Nanoteknologi boleh dikatakan sebagai:
ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.

Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Boleh paham ke... takpe aku sambung lagi, kalo nak lebih maklumat korang boleh ke Wikipedia atau klik sini.

Senang cite le, nanoteknologi ni ialah satu bidang sains yg melibatkan penghasilan bahan2, produk, struktur dan/atau sistem pada saiz yg sangat kecil. Nano... 1 bilion kali lebih kecil. Nano ni adalah unit metric yg menunjukkan 1bilion dari 1 meter atau 10 kuasa negatif 9.

Teknologi ni dah semakin berkembang dan negara2 barat sedang berlumba2 menjalankan penyelidikan nanoteknologi. Dari satu sudut lain pulak, peluang perniagaan dan pelaburan terhadap teknologi nano ni semakin bertambah. Dunia dah mula nampak potensi teknologinano ni...boleh buat duit.

Tuesday, January 15, 2008

Web & blog yg korang boleh bina untuk buat duit secara online

Assalam. Korang pandai buat web/blog sendiri. Kalau x tahu, korang boleh belajar pelahan-lahan.
Ok, kat sini aku nak bagitau pasal web&blog yg korang boleh hasilkan duit. Web&blog ni boleh dikira sebagai aset. Aset digital. Aset ni senang cerita, apa2 yg boleh hasilkan duit utk kita. Ada nilainya.
Web&blog yg dibina biasanya adalah utk memenuhi kehendak pengguna. Tak kiralah samada hiburan, maklumat dan perniagaan. Bila cerita pasal nak buat duit online, kita perlu melihat web&blog kita sebagai sebuah mesin yg boleh menghasilkan duit.... mesin duit!!
Korang boleh buat banyak laman web/blog dan ada banyak mesin duit.
Antara jenis2 web/blog yg korang boleh buat utk dapat ramai pelawat & jana pendapatan.

-Blog/web produk :- Buat ulasan mengenai produk2. Korang baca ulasan2 org lain dan dapatkan maklumat produk, cerita, testimonial dan berita2 baru mengenai produk. Gunakan maklumat tu utk buat ulasan korang sendiri.
Produk teknologi & komunikasi adalah yg paling popular. KOrang boleh curi perhatian dgn mengulas ttg produk yg gempak dan ulasan korang ada banyak maklumat produk.

-Blog/web pendidikan :- Korang boleh ajar orang kalau korang ada kemahiran & ilmu atau korang belajar dulu pastu korang ajar orang lain. Macam2 korang boleh ajar dari memasak hiunggalah membetul enjin helikopter. korang boleh buat e-book sendiri dan jual. Buat masa ni x banyak blog/web pendidikan dalam bahasa Melayu, jadi ni peluang korang untuk memriahkan arena web/blog pendidikan dalam bahasa Melayu.

-Web berbayar :- web jenis ni memang boleh buat duit tapi agak rumit unutk dibangunkan. pengguna perlu menjadi ahli dan membayar yuran secara bulana atau tahunan. Web berbayar mestilah menawarkan sesuatu perkhidmatan kepada ahli. Contohnya, sebuah web menawarkan info2 terkini mengenai artis2 tempatan. Pengguna akan mendapat berita hangat, gambar terbaru dan gossip2 artis setiap hari melalui e-mail. pengguna dikenakan bayaran RM 10 sebulan. Ada banyak lagi model perniagaan web berbayar ni. Korang perlu pastikan perkhidmatan yg ditawarkan berbaloi dengan apa yg pelanggan bayar.

-Online Game ;- Korang boleh buat web yg gempak dgn mengupah orang lain utk bina aplikasi pada web korang. utk we jenis ni korang perlu mengupah seorang programmer yg boleh cipta satu online game baru, dan letak kat web korang. pengguna perlu bayar utk jadi ahli dan main permainan tersebut. Laman web jenis ni lebih mudah mendapat perhatian dan mudah tersebar.

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner