Games

Tuesday, February 19, 2008

Nanoteknologi

KOrang mesti pernah dengar pasal ni, Nanoteknologi (nanotechnology). Teknologi nano ni adalah satu teknologi dan penemuan terbaru manusia. Nak kata baru pun tak juga, tapi teknologi ni mula dibangunkan pada 80-an. Sebelum tu pun dah ade idea2 yg diutarakan mengenai nanoteknologi ni.
Nanoteknologi boleh dikatakan sebagai:
ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.

Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Boleh paham ke... takpe aku sambung lagi, kalo nak lebih maklumat korang boleh ke Wikipedia atau klik sini.

Senang cite le, nanoteknologi ni ialah satu bidang sains yg melibatkan penghasilan bahan2, produk, struktur dan/atau sistem pada saiz yg sangat kecil. Nano... 1 bilion kali lebih kecil. Nano ni adalah unit metric yg menunjukkan 1bilion dari 1 meter atau 10 kuasa negatif 9.

Teknologi ni dah semakin berkembang dan negara2 barat sedang berlumba2 menjalankan penyelidikan nanoteknologi. Dari satu sudut lain pulak, peluang perniagaan dan pelaburan terhadap teknologi nano ni semakin bertambah. Dunia dah mula nampak potensi teknologinano ni...boleh buat duit.

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner