Games

Saturday, November 24, 2007

Apa nak buat untuk maju



Apa nak buat? Aku rasa korang semua dah tahu apa nak buat. Cuma mungkin ada diantara korang yg belum maju lagi atau masih tak buat ape2 walaupun dah tahu apa nak buat. Bagi yg belum tahu, mulakan pencarian anda dan bagi yang dah maju, tak salah korang tolong orang lain utk maju.




Lupa? Mungkin kita semua lupa, untuk maju, menguasai, memiliki dan mendapat faedah2 dalam kehidupan, kita perlu menempuh tempoh2 sukar. Ia bukanlah satu perkara yang mudah. Kehidupan adalah perjalanan merentasi setiap detik dan membuat pilihan. Sedar atau tidak, kita membuat pilihan sepanjang hidup kita dan hampir semua pilihan tersebut tidak dipertimbangkan dengan betul....betul ke? Biasanya kita membuat pilihan atau keputusan apabila terdesak. Dalam keadaan terdesak ini, kita akan ( terpaksa ) berhadapan dengan konflik emosi kerana/untuk membuat pilihan dan menghasilkan keputusan. Ada diatara kita terpaksa memerah otak, berpeluh, tak boleh tido memikirkan pilihan yg. akan/telah dibuat.



Huh.. buat pilihan...pilihlah untuk maju. Oppsss....pertimbamgkan dulu..betul ke pilihan utk maju adalah pilihan yg betul. Kalau korang pilih betul, samalah dengan aku, aku pilih utk maju.

Memilih untuk maju bermaksud anda telah memulakan langkah pertama untuk maju. Dari tahap yg. tidak maju anda ingin berpindah ke tahap yg lebih maju. Tahap yg lebih maju pula bergantung kepada persepsi masing2, samada ingin menjana pendapatan yg lebih lumayan, mendapat jawwatan atau kuasa atau memeliki sesuatu yg mewah.

Langkah pertama untuk maju telah pun anda lalui jika anda telah mambuat pilihan untuk maju. Jadi langkah seterusnya.....
sedia berubah.
Hampir apa saja yg. melibatkan perubahan akan dianggap janggal dan sukar diterima pd. awalnya. Adalah lebih sukar utk. melakukan perubahan yg kekal. Berubah yg. dimaksudkan di sini ialah dari segi mental dan emosi. Emosi2 negatif yg. mampu menghalang perjalanan menuju kemajuan perlulah ditukar kepada emosi2 positif.
-macammana kalau aku gagal? Aku akan malu?, perlu ditukar kepada kalau aku gagal emmm... aku kene ada plan "B"! Aku akan gagal jika aku tidak merancangnya dengan betul, aku tak nak malu, jadi aku tak boleh biarkan ia gagal!!

Semasa menjalani proses perubahan, kita sebenarnya sedang belajar. Samada secara langsung atau tidak. Proses perubahan adalah sukar terutamanya pada peringkat awal. Tidak ramai yg berjaya pada peringkat ini. Mungkin ini adalah satu proses yg tidak digemari oleh kebanyakkan orang atau ia satu proses yg menyakitkan. Emosi2 negatif perlu ditukar kpd emosi2 positif, perlu belajar menyukai proses ini dan menyerap kesakitan & kekecewaan dan menghadapinya sedikit demi sedikit. Jadi, bersiap sedialah anda utk berubah.
Jika anda telah memilih untuk maju dan membuat keputusan utk berubah, anda sebenarnya sedang berperang dengan diri sendiri.
Langkah seterusnya ialah fokus kepada keinginan dan keazaman. kedua-duanya datang dari dlm diri seseorang dan boleh dipengaruhi oleh faktor2 luaran yg menjadi pencetus. Sesuatu yg. mempunyai unsur2 motivasi biasanya menjadi pencetus keinginan dan keazaman. Keinginan dan keazaman adalah emosi positif yg bertenaga yg mampu menjadi bahan bakar kepada semangat seseorang. Jika kedua2nya kuat, ia mampu mengubah sikap seseorang dan membuatkan anda semakin berusaha dgn gigih utk maju.
Tingkatkan keinginan & keazaman anda utk maju. nda perlukan motivasi. Cari bahan2 bacaan yg. mampu meningkatkan keinginan dan keazaman anda. Keinginan aldah apa yg dicita2kan dan keazaman dalah janji kpd diri anad utk berusaha dan tidakberputus asa sambil melaungkan kata2, " Walau apa pun terjadi, aku akan berusaha untuk maju!"
Cuba anda lihat diri sendiri (macam biasa le, dalam cermin ) dan bertanya "Siapakah yg boleh menjadikan aku maju?"....jawapannya korang pun boleh agak.... diri sendiri le. Hanya diri kita sendiri yg boleh mengubah dari kita seniri, jadi, sebenarnya ia adalah tanggungjawab sendiri. Sikap sendiri adalah punca kejayaan an kegagalan.

Membuat pilihan, berubah, keinginan dan keazamn adalah asas untuk maju. Kemajuan dan kejayaan tidak datang dgn mudah, ia memerlukan perancangan & disiplin tinggi untuk mengikuti dan perancangan tersebut, jadi, langkah seterusnya ialah merancang!!!!!

Usaha pasti maju!!

a.z. ghail

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner