Games

Sunday, November 25, 2007

Koleksi Wallpaper percuma dari Mike Swanson

Huh gambar2 ni memang cool ler. Kalo korang taruk kat p.c korang mesti best...gambar semulajadi.
aku dapat ni semasa tengah jenguk2 kat blog Lifehacker. pastu aku terus pergi kat blog Mike Swanson .
Huh aku ade mintak kebenaran ngan Mike untuk letak sample wallpaper dia kat blog aku ni....tak dapat jawapan lagi. tapi takpe korang cuba tengok dulu gambar2nya... dan download.
Fullscreen size...memang tenang rasanye tengok koleksi ganbar2 dia.

kat sini aku selikan skit web2 yang bagi sumber percuma untuk font, wallpaper dan icon.

- ni dari Wikimedia Commons, crystal clear icon. Sesuai untuk korang yang nak kelainan pada icon windows korang. Wikimedia Commons, crystal clear icon

- Fonts 500. Kat sini ade macam2 jenis font yg menarik. korang boleh taip huruf/perkataan yg korang nak pastu boleh tengok huruf/tulisan tu dalam semua jenis font yg ade. Fonts 500

- InterfaceLIFT. wallpaper, wallpaper, wallpaper... best. wallpaper untuk p.c , iPhone, PSP.
free high resolution widescreen wallpaper. InterfaceLIFT

- Public Domain Icon. icon2 yg "real' untuk pc korang. Gambar2 cam buah2an, peralatan, haiwan dan lain2. Icon2 ni berlatarbelakang transparent ( transparent backgroun )..... jadi lebih real. Public Domain Icon * link ni ade problem sebab webserver yg host web ni dah x jalankan servis lagi. Tapi mamat Jonas ni ade buat link lain untuk download icon2 dia, korang klik je kat link ni..Public Domain Icon

-dafont.com ok gak!

- Veer designer wallpaper. antara yang terbaik dengan design yang pelik2. menjadi pilihan ramai!

- Dual screen wallpaper

ok... nanti aku tulis lagi.

Saturday, November 24, 2007

Apa nak buat untuk maju



Apa nak buat? Aku rasa korang semua dah tahu apa nak buat. Cuma mungkin ada diantara korang yg belum maju lagi atau masih tak buat ape2 walaupun dah tahu apa nak buat. Bagi yg belum tahu, mulakan pencarian anda dan bagi yang dah maju, tak salah korang tolong orang lain utk maju.




Lupa? Mungkin kita semua lupa, untuk maju, menguasai, memiliki dan mendapat faedah2 dalam kehidupan, kita perlu menempuh tempoh2 sukar. Ia bukanlah satu perkara yang mudah. Kehidupan adalah perjalanan merentasi setiap detik dan membuat pilihan. Sedar atau tidak, kita membuat pilihan sepanjang hidup kita dan hampir semua pilihan tersebut tidak dipertimbangkan dengan betul....betul ke? Biasanya kita membuat pilihan atau keputusan apabila terdesak. Dalam keadaan terdesak ini, kita akan ( terpaksa ) berhadapan dengan konflik emosi kerana/untuk membuat pilihan dan menghasilkan keputusan. Ada diatara kita terpaksa memerah otak, berpeluh, tak boleh tido memikirkan pilihan yg. akan/telah dibuat.



Huh.. buat pilihan...pilihlah untuk maju. Oppsss....pertimbamgkan dulu..betul ke pilihan utk maju adalah pilihan yg betul. Kalau korang pilih betul, samalah dengan aku, aku pilih utk maju.

Memilih untuk maju bermaksud anda telah memulakan langkah pertama untuk maju. Dari tahap yg. tidak maju anda ingin berpindah ke tahap yg lebih maju. Tahap yg lebih maju pula bergantung kepada persepsi masing2, samada ingin menjana pendapatan yg lebih lumayan, mendapat jawwatan atau kuasa atau memeliki sesuatu yg mewah.

Langkah pertama untuk maju telah pun anda lalui jika anda telah mambuat pilihan untuk maju. Jadi langkah seterusnya.....
sedia berubah.
Hampir apa saja yg. melibatkan perubahan akan dianggap janggal dan sukar diterima pd. awalnya. Adalah lebih sukar utk. melakukan perubahan yg kekal. Berubah yg. dimaksudkan di sini ialah dari segi mental dan emosi. Emosi2 negatif yg. mampu menghalang perjalanan menuju kemajuan perlulah ditukar kepada emosi2 positif.
-macammana kalau aku gagal? Aku akan malu?, perlu ditukar kepada kalau aku gagal emmm... aku kene ada plan "B"! Aku akan gagal jika aku tidak merancangnya dengan betul, aku tak nak malu, jadi aku tak boleh biarkan ia gagal!!

Semasa menjalani proses perubahan, kita sebenarnya sedang belajar. Samada secara langsung atau tidak. Proses perubahan adalah sukar terutamanya pada peringkat awal. Tidak ramai yg berjaya pada peringkat ini. Mungkin ini adalah satu proses yg tidak digemari oleh kebanyakkan orang atau ia satu proses yg menyakitkan. Emosi2 negatif perlu ditukar kpd emosi2 positif, perlu belajar menyukai proses ini dan menyerap kesakitan & kekecewaan dan menghadapinya sedikit demi sedikit. Jadi, bersiap sedialah anda utk berubah.
Jika anda telah memilih untuk maju dan membuat keputusan utk berubah, anda sebenarnya sedang berperang dengan diri sendiri.
Langkah seterusnya ialah fokus kepada keinginan dan keazaman. kedua-duanya datang dari dlm diri seseorang dan boleh dipengaruhi oleh faktor2 luaran yg menjadi pencetus. Sesuatu yg. mempunyai unsur2 motivasi biasanya menjadi pencetus keinginan dan keazaman. Keinginan dan keazaman adalah emosi positif yg bertenaga yg mampu menjadi bahan bakar kepada semangat seseorang. Jika kedua2nya kuat, ia mampu mengubah sikap seseorang dan membuatkan anda semakin berusaha dgn gigih utk maju.
Tingkatkan keinginan & keazaman anda utk maju. nda perlukan motivasi. Cari bahan2 bacaan yg. mampu meningkatkan keinginan dan keazaman anda. Keinginan aldah apa yg dicita2kan dan keazaman dalah janji kpd diri anad utk berusaha dan tidakberputus asa sambil melaungkan kata2, " Walau apa pun terjadi, aku akan berusaha untuk maju!"
Cuba anda lihat diri sendiri (macam biasa le, dalam cermin ) dan bertanya "Siapakah yg boleh menjadikan aku maju?"....jawapannya korang pun boleh agak.... diri sendiri le. Hanya diri kita sendiri yg boleh mengubah dari kita seniri, jadi, sebenarnya ia adalah tanggungjawab sendiri. Sikap sendiri adalah punca kejayaan an kegagalan.

Membuat pilihan, berubah, keinginan dan keazamn adalah asas untuk maju. Kemajuan dan kejayaan tidak datang dgn mudah, ia memerlukan perancangan & disiplin tinggi untuk mengikuti dan perancangan tersebut, jadi, langkah seterusnya ialah merancang!!!!!

Usaha pasti maju!!

a.z. ghail

Tuesday, November 20, 2007

Darren Rowse dan blognya Problogger, bantu ramai blogger

Blog tips to help you make money blogging, salah satu tajuk artikel dari Darren Rowse. Darren Rowse menulis di blog nya problogger.net.
Kalau korang nak tips untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, korang cuba pegi ke blog beliau www.problogger.net
Ada banyak artikel berguna kat sini. Setakat ni blog Darren berada di ranking ke 16 Technorati.

Monday, November 19, 2007

Adobe Flash - Masa depan 'Hiburan' - terbaru Adobe Flash CS3

Pernah guna software ni. Flash.
Nama dia pun lain macam je kan.... tapi aku rasa ramai yang dah tahu pasal Flash ni.
Adobe Flash CS3 adalah versi Flash terbaru dari Adobe.
Dengan flash korang boleh buat animasi dan aplikasi. Tak rugi belajar guna software ni, memang seronok. Nak buat website pun boleh.
Kalau nak belajar korang boleh cari tutorial2 kat internet atau cari buku2 untuk beginner ( belajar asas dulu). Software ni agak senang juga untuk digunakan ( bergantung kepada idea n kretiviti pengguna), tapi bila masuk bab Actionscript, ade susah skit.

Actionscript ni dah kira masuk bab programming le.
kalo ade masa aku boleh citer lagi pasal flash ni.






ape2 korang cuba cari buku ni....
untuk mereka yang dah boleh guna Flash skit2..
klik sini

Ulasan Buku - 123 Robotics Experiments for the Evil Genius


Peh..Korang pernah terfikir nak bina robot sendiri?
Huh,, mesti best kalau dapat buat robot sendiri. Bila sebut pasal robot, kita pasti terbayangkan Transformer atau Gundam.


Di sini aku andaikan rabot adalah mesin yang diatucara ( proggamming ) untuk melakukan tugasan dan arahan, mampu bekerja secara automatik. Jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam dunia pembinaan robot, buku yg beharga RM 99.80 dan ditulis oleh Myke Pradko ini perlu anda dapatkan. Diterbitkan oleh McGraw-Hill, buku ini mengandungi 123 eksperimen mudah yg boleh anda lakukan sendiri di rumah.

Buku ini memperkenalkan anda kepada robotic, elektronik dan pengatucaraan untuk robotik secara ' step by step '. huh boleh beli ni............

Wednesday, November 14, 2007

Undian - Kebanyakkan orang yang berpendapatan tinggi belajar muzik

Undian dari Harris Interactive syarikat penyelidikan bebas ( U.S) menunjukkan 88% dari mereka yang tamat pengajian tinggi pernah belajar muzik di sekolah dan 83% dari mereka yang berpendapatan USD 150,000 setahun pernah melibatkan diri dalam muzik.

80% dari 2,565 peserta yang terlibat dalam kajian tersebut masih lagi bergiat dalam muzik.

Malaysian Style - Portal Gua com.my menarik

Sebuah portal terbaru dari ALT Media Sdn. Bhd. ( anak syarikat Media Prima berhad ).
Gua menghidangkan informasi mengenai dunia hiburan dan gaya hidup kini. Bahan - bahan dalam web ini kebanyakkannya dalam bahsa Melayu (65%).

Hmm.... macam2 ade..tapi ade juga benda yang takde..
Info artis - artis dalam dan luar negara, muat turun percuma ( free download ), berita hiburan,gossip,aktiviti - aktiviti menarik, galeri, ruangan fesyen, forum, blog, komunikasi, komputer dan cuba le lawat laman web ni. Boleh daftar sebagai ahli untuk disenaraikan dalam komuniti Gua.....

Sunday, November 11, 2007

Cuba Advertlets....rangkaian iklan blog asia

aku baru test pasang iklan adverlet ni....x dapat apae2 income lagi.
adverlet ni ade buat contest dan beberapa projek lain melibatkan blogger2 dari Malaysia dan Singapura. ramai blogger tempatan dah dapat duit dari Advertlets.

Friday, November 9, 2007

Penulisan blog boleh menjana pendapatan

Penulisan blog atau blogging adalah satu fenomena yang semakin popular dikalangan pengguna internet. Aku pasti, jika anda sedang membaca artikel ini, anda sudah mengenali blog.
Penulisan blog pada asalnya adalah sebagai diari pengguna, di mana, bloggers (penulis blog) akan menulis mengenai diri mereka, pengalaman dan aktiviti2 (hobi,kerja dll.) harian mereka. Selain itu, blog juga pada asalnya dijadikan tempat untuk memaparkan idea, protes serta gossip.


Perkembangan penggunaan blog pada akhir2 ini, meng 'evolusi$ kan satu fenomena, di mana blogger2 mula menumpukan perhatian terhadap isi kandungan (content$) yang berguna dan menawarkan perkhidmatan.
Pada hari ini, ramai blogger yg. menjana pendapatan yg. lumayan hasil dari penulisan mereka. Content2 yg. dihasilkan dapat menarik minat pembaca dan yg. penting ia menarik perhatian 'search engine*. Ada juga blog2 yg menjadi pesaing kepada media2 arus perdana dengan memaparkan berita dan isu terkini dan mendapat pulanagan lumayan setiap bulan.
Blogger yg. berjaya, kebanyakanya, hanya memerlukan 1 hingga 3 jam sehari untuk menghasilkan content untuk blog mereka. Ada yg menghasilkan hanya 1 atau 2 artikel setiap hari. Bagi mereka yg. ingin memulakan karier sebagai penulis blog boleh mambuat pilihan samada ingin menulis secara sepenuh masa atau professional. Pastikan anda betul2 layak untuk menulis secara professional kerana hidup anda akan bergantung kepada pendapatan dari blog anda. Aku berpendapat, menulis secara sambilan sebagai permulaan adalah lebih baik kerana aku boleh melakukan kerja2 harian (sumber pendapatan) biasa. aku hanaya perlukan 1 hingga 2 jam sehari utk. menghasilkan 'content$ atau lebih kurang 10 jam seminggu.
Untuk menjadi seorang blogger yang mampu menjana pendapatan, anda tidak perlu memiliki sabarang ijazah atau Ph.D. Cukup sekadar idea, masa dan capaian internet. SEnang? nanti dulu.
Menjadi seorang blogger yg. mampu menjana pendapatan melalui penulisan bukanlah satu perkara yg. mudah. Ia adalah satu proses pembelajaran. Pendapatan lumayan hasil dari penulisan blog tidak datang bergolek atau melayang. Ada banyak perkara2 dan teknik2 yg. perlu dipelajari.
Blogger2 perlu memerah otak untuk mendapatkan idea bagi content2 mereka. Content2 yg. berkualiti dan unuk dapat menarik minat pembaca dan $earch engine"".

SALAM - tulistulisblog.blogspot.com blog untuk rakyat Malaysia

Salam untuk semua,
tulistulisblog.blogspot.com adlah sebuah blog berbahasa Melayu.

Blog ini akan memaparkan hasil penulisan aku. Hasil penulisan aku dalam blog ini tidak mensasarkan pada topik tertentu sahaja dan tidak juga idea aku semata-mata. Gaya penulisan pula bergantung kepada mood penulis, pengaruh dalaman dan pengaruh luaran. Dalam blog ini aku akan menghasilkan penulisan mengenai komputer, internet dan multimedia, dengan memaparkan artikel2 mengenai produk, tips2 dan berita terkini. Blog ini juga akan memeparkan artikel2 yg. berguna untuk pembaca dan boleh dijadikan rujukan. Selain itu, tips2 mengenai penulisan blog dan penjanaan pendapatan melaui internet akan dimuatkan dalam blog ini.

Semuanya dalam bahasa Melayu!

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner