Games

Thursday, December 27, 2007

Cari idea semasa melayari inetrnet

Antara faktor yg penting bila korang nak buat duit dalam talian ( online) ialah berfikir dan merancang seperti seorang usahawan. Untuk mencipta atau mengubah idea2 atau konsep2 dalam membina blog/web yg mampu menjana keuntungan ialah sebiji minda yg inovatif. Minda yg inovatif nilah yg banyak terlibat dalam proses berfikir dan merancang. Proses merancang dan berfikir nilah yg menentukan kejayaan sesuatu projek.
Untuk membina blog/web yg mampu menghasilkan duuit yg banyak, korang bukan sahaja perlu menghasilkan isi kandungan yg berkualiti secara kerap tetapi korang juga perlu paham camner blog/web lain ( yg berjaya) beroperasi dan blog/web lain gagal. Korang boleh perhatikan dari berbagai perspektif. Camner mereka dapatkan ramai pembaca dan pelawat, menghasilkan duit, model perniagaan dan rekebentuk blog/web mereka.
Selain tu, korang juga perlu tahu apa yg dicari oleh pengguna internet setiap kali diorang melayari internet. Hiburan, kenalan, produk, info yg berguna, penyelesaian dan perniagaan ( duit ). ni semua adalah apa yg kita dan mereka cari ketika melayari internet, jadi kita perlu wujudkan apa yg mereka cari.
Munkin kita adalah orang biasa dan bukan seorang usahawan, tapi kita boleh berfikir seperti seorang usahawan yg dahagakan kejayaan. Seorang usahawan mencipta/ membina sesuatu yg menguntungkan dan stabil. Untuk memiliki blog/web yg mampu menghasilkan keuntungan yg
stabil kita perlu berfikir seperti seorang usahawan. Senang cerita, camner nak menjana keuntungan!!
Korang boleh berfikir cara seorang usahawan berfikir semasa korang melayari internet. Korang boleh dapat banyak maklumat sewaktu korang melayari internet. cuba korang oerhatikan blog/web yg korang lawati tu betul2. Cari idea2 dan konsep2 pada web/blog tu yg boleh korang terapkan pada blog/web korang. Lihat bagaimana blog/web tu mendapat lebih perhatian berbanding blog/web lain.

Jika korang bercadang nak bina web dan blog yg mampu menjana keuntungan, korang perlu keluar dari perspektif sebagai seorang pengguna dan berfikir deperti seorang usahawan. Ia membantu korang untuk memahami dan mendapatkan idea2 untuk mencari keuntungan.
setiap kali korang melayari internet & lawat blog/web orang lain, korang cuba perhatikan perkara2 berikut:-

- Idea2 dan tajuk2 penulisan/isi kandungan.
web dan blog yg berjaya atau popular biasanya hasilkan isi kandungan yg berkualiti da berguna. Korang boleh cari idea2 disebalik isi kandungan mereka.

-Camner blog/web tu buat duit?
korang boleh tengok model perniagaan sesuatu web tu. Bagaimana merek boleh buat banyak duit dari model perniagaan mereka? samada dari iklan, komisen, penjualan produk, servis atau memberi info. Korang boleh terapkan mana2 yg sesuai pd blog/web korang.

-Penggunaan dan rekabentuk
ada blog/web yg menghasilkan rekabentuk yg menarik dan mempunyai cara penggunaan yg mesra pengguna dan unik. bagaiman mereka menonjolkan iklan atau produk2 yg dijual dan susunatur blog/web itu. Jangan tiru rekabentuk/design mereka, cuba dapatkan konsep dan idea membantu.

-Faktor populariti
kenapa blog/web itu popular? kenapa artikel2 mereka menarik perhatian dan mendapat komen?

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner