Games

Saturday, December 1, 2007

Camner nak buat satu blog yang popular?



Soalan yg menjadi tajuk penulisan aku minggu ni. Dah berhari2 gak aku tak tulistulis kat blog ni.

Korang pernah terpikir nak bina blog yg popular? Tak kira le, untuk popular kat dalam negara atau luar.
Blog yg popular adalah blog yg ada ramai audience atau fan atau peminat atau pembaca atau semuanya. Jadi, kalau nak suruh orang minat atau suke kat blogkite, blogkite mesti le best. Ade content2 yg menarik dan membantu. Bile dah ramai orang baca atau lawat blogkite, ade potensi untuk ia berkembang dan menjadi buat mulut orang.


Sebelum tu....huh..camner nak bagi tau sume orang yg kite ni ade blog yg best. Sussah gak nak buat. Mula2 korang cuba bagitau kat kawan2 atau kenalan2 (masa korang chatting). Tunjukkan kat diorang yg blog korang ni memang best. (pastikan blog tu dah ade content baru bagitau orang). Teknik kurang berkesan sebab kawan2 kite tu tak ramai dan kenalan2 chat biasanya x suka membaca. Tapi ok le sebagai langkah pertama.

Huh... camner nak bagitau orang..
Pastu korang cuba cari blogger2 lain dan contact diorang. Suruh diorang tengok blogkite, baca artikel2 kite dan bagi komen. kalau boleh suruh diorang buat link antara blog korang dan blog diorang. Maksudnya kat blog dia ada link untuk ke blog korang dan kat blog korang ade link untuk ke blog diorang. Link ni penting. aku akan cerite lagi pasal link ni.

Selain tu korang kene pandai tulis artikel dengan memasukkan keyword ( kata kunci ). Ini satu bab yang aku kene tulis lain kali.

ade banyak lagi benda yang korang kene buat/tahu untuk jadikan blog korang popular. Aku akan ceritakan satu persatu dalam bahasa melayu.....kalau korang ade blog...contact aku dan kite boleh buat link anatra blog.

Ape2 hal buat le content yg berkualiti..baru le orang suka nak baca blog kite..

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner