Games

Sunday, December 16, 2007

Minat menulis - Buat duit dengan penulisan pada blog

Aku rasa ramai di antara kita yang minat menulis dan hasilkan artikel. Munkin ramai diantara korang yang ada banyak idea dan berbakat dalam penulisan. Huh, aku ni x de bakat, tapi suka gak menulis. sebab tu penulisan aku tak berapa formal bahasa nya.
Bagi korang yang minat menulis dan hasilkan artikel tapi x de orang nak baca hasil2 korang tu, korang cuba hasilkan blog. Blog adalah tempat untuk korang tunjukkan bakat menulis dan tunjukkan idea dan pandangan korang terhadap sesuatu isu. Pastu korang suruh le kawan2 atau kenalan2 chat korang baca blog korang dan bagi komen.
Kalau nak lebih ramai orang baca artikel2 atau idea2 korang, korang perlu susun strategi untk jadikan blog korang popular. Korang akan rasa puas bila ramai orang baca artikel2 dan idea2 korang. Korang akan rasa lebih puas bila semua tu mampu menjanakan pendapatan yg lumayan untuk korang dan hal ni tak mustahil. Penulisan blog mampu hasilkan pendapatan untuk mereka yang serius, jujur dan banyak idea. Itulah keajaiban internet. Siapa sahaja boleh jadi penulis dan sampaikan idea.
Idea yang unik dan berkualiti mudah menjadi tumpuan. Blog yang bagus mampu hasilkan kandungan berkualiti, unik dan konsisten. Kalau korang boleh hasilkan berpuluh artikel mengenai sesuatu topik, korang dah boleh susun strategi untuk cari pembaca. Bila korang dah ada ramai pembaca atau fan (peminat), peluang untuk buat duit dari blog dah ade.
Kandungan yg berkualiti adalah kata kunci di sini. Artikel2 korang tu mestilah berguna pada pembaca. ( adakah artikel aku ni berguna untuk korang?). samada ia adalah sejenis ilmu, info, berita, gambar, audio, video atau lawak.
Huh, kalau idea dan artikel korang memang bagus dan berguna tapi takde orang lawat dan baca blog korang, x de gunanye jugak. korang tak dapat kepuasan. Bab ni korang perlu luangkan masa untuk belajar. camaner nak dapatkan pembaca dan pelawat blog ( traffic )? Traffic adalah penting! munkin korang boleh melabur sikit untuk beli link dari web & blog lain atau iklankan blog korang. Bab ni pun korang perlu buat kajian sendiri dan munkin aku boleh tolong. Banyakkan membaca dan dapatkan khidmat nasihat dari blogger2 yg dah berjaya.
Cukup le dulu aku merepek.

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner