Games

Saturday, December 22, 2007

Merancang untuk menulis

Tahun ni dah nak abis, tinggal seminggu jer lagi nak masuk tahun baru. Biasanya kita akan melihat sesuatu yg baru dengan penuh harapan. Apakah harapan kita untuk tahun baru ni...2008? Tapi yg penting ialah perancangan. Munkin ramai diatara kita sudah merancang untuk tahun baru atau sedang mencari idea untuk projek2 2008.
Bagi mereka yg menulis blog, korang tahu apa yg korang nak buat tahun depan?.. Menulis untuk blog juga perlu ada perancangan. Merancang penulisan. Mencari apa yg perlu untuk menjana idea penulisan.
Senang cerita, apa2 projek yg nak dibuat perlu ada calendar dan jadual. Calendar dan jadual adalah benda yg terlibat dalam perancangan korang. Bukan ape, kalau nak jadi penulis yg bagus kita perlu ada banyak idea ( yg bagus & berkesan ). Jadi, untuk dapatkan idea, kita perlu ada masa. Masa ni pulak kalau tak diurus dengan betul boleh merencatkan perancangan dan perancangan ni pulak melibatkan masa dan disiplin.
Untuk menghasilkan artikel secara konsisten bukan perkara yg mudah. Apatah lagi kalau semua artikel tu perlu ada kualiti. Kat sini kita perlu merancang untuk menulis. Korang boleh merancang untuk menghasilkan sesuatu artikel seminggu lebih awal sebelum korang publish. Katakan hari ni korang korang cari topik atau tajuk2 yg korang nak tulis dan post pada hari tertentu minggu depan, jadi, sepanjang minggu ni korang dah boleh buat pencarian untuk penulisan tersebut. Korang boleh cari bahan2 yg berguna untuk tambah idea yg berkualiti untuk penulisan tersebut. Dapatkan idea2 orang lain berkenaan topik tersebut dan juga bahan rujukan.
Apabila menghasilkan penulisan untuk blog, korang bukan sahaja menghasilkan artikel tapi korang juga perlu menguruskan blog korang. Munkin korang perlu melayan komen dan e-mail dari pembaca atau membuat maintenance atau ubahsuai. Perlu ada jadual untuk buat kerja2 tu.
Selain dari merancang menghasilkan penulisan lebih awal korang boleh pilih masa atau hari tertentu untuk menulis. Pilih hari dan masa yg paling sesuai untuk menulis.

Korang boleh tetapkan hari2 tertentu untuk meghasilkan penulisan di mana pada waktu itu korang akan merasa lebih relax dan tenang. Jangan biasa menghasilkan penulisan dalam tekanan.
kalau korang dapat idea2 spontan yg boleh korang selitkan dalam penulisan akan datang, korang boleh simpan idea2 tu, catat atau rekod idea2 tersebut. Korang boleh buat satu calendar sendiri untuk uruskan penulisan korang. Boleh cuba Microsoft Excel kalau pandai.
huh, bukan mudah nak jadi penulis yg bagus di mana penulisan tersebut boleh menjana pendapatan samada secara langsung atau tidak.
Munkin ada diantara korang menulis dalam tema2 yg berbeza dan ada lebih dari satu blog.Banyak idea yg diperlukan, jadi, pengurusan adalah penting.
Kita memang tak boleh melihat masa depan tapi masa yg dah berlalu boleh direkod. Rekodkan apa yg terlintas (idea2)kepala korang. KOrang juga boleh lihat bila masanye idea korang datang mencurah2. Gunakan masa tersebut untuk memerah otak.
Senang cerita, korang perlu merancang lebih awal untuk hasilkan sebuah penulisan yg berkualiti,cipta rutin sendiri, beri ruang untuk diri sendiri berfikir, dapatkan ketenangan untuk diri sendiri dan hasilkan penulisan yg bagus untuk blog korang.

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner