Games

Tuesday, December 4, 2007

Penulisan Blog - Bagaimana Menjana Pendapatan ( buat Duit) hasil dari penulisan blog



Menulis blog boleh buat duit. Nape, tak percaya? Takpe kalau x percaya, itu hak individu samada nak percaya atau tidak.
Ok, ni aku nak cite skit. Biasanya blogger mendapat hasil pendapatan dari pemasanagan iklan pada blog mereka. Iklan2 ni biasanya dalam bentuk teks, ada juga dalam bentuk gambar dan animasi. Pemasangan iklan pada blog adalah cara yg paling popular, efektif, mudah dan percuma. Program iklan teks yg paling popular ialah Adsense dari Google. Selain Adsense, ada beberapa program iklan lain yg korang boleh pasang kat blog korang. Antaranya ialah BlogAds, Chitika's eMinimalls, Text Link Ads, CripsAds, AzoogleAds, Intellitxt, Peak Click, Adbrite, Industry Brains, AdHearUs, Kanoodle, AVN, FastClick, Bidvertiser, Pheedo dan ada banayak lagi. Tapi yg palaing popular dan mudah ialah Google Adsense. Adsense menerima blog berbahasa Melayu.


Iklan2 pada blog ni boleh di klik oleh pelawat atau pembaca blog korang. Setiap klik akan menghasilkan duit untuk korang. Hasil bagi setiap klik bergantung pada jenis iklan itu sendiri. Anda boleh mendapat bayaran antara USD 0.02 hingga berpuluh dollar untuk setiap klik daripada pelawat atau pembaca blog korang.
Kalau Blog korang boleh dapat 10 klik sehari dan hasil bagi setiap klik ialah USD 0.002 utk setiap klik, korang dah dapat USD 0.20 sehari, sebulanboleh dapat USD 6.00. Cuba bayangkan kalau korang boleh dapat 100 atau 1000 klik sehari dan bayaran setiap klik ialah USD 0.50.....fuh! Ni contoh jer. Sebelum blog korang boleh buat duit, korang perlu bina blog yg berkualiti dan senang cite disukai ramai. hanya blog yg terbaik je boleh buat duit dengan konsisten.
Selain dari memasang iklan, korang boleh buat duit dengan menyertai program Affiliate. Senang cakap korang jual produk/servis atau hantar pelawat korang ke web mereka dan dapat komisen. Antara yg popular dan terbesar ialah Amazon, Link Share,Commision Junction dan Click Bank. Ada banyak lagi program affiliate korang boleh sertai.
Korang boleh buat duit ( lagi!) dengan menjual produk digital korang macam e-book, audio atau video. Benda2 cam ni boleh dikira sebagai digital asset.
Selain tu, korang boleh menulis untuk blog/web lain atau tulis tentang produk/servis untuk syarikat/individu lain dan dapat upah. Blogger yg mempunyai kemahiran menulis yg tinggi boleh cuba tulis artikel2 utk orang lain dan dapatkan upah. KOrang boleh cuba program PayPerPost. Jika korang dikenalpasti mampu menulis dengan baik, peluang unutk korang mendapat offer agak cerah. Ada juga blogger2 yg hebat menulis mendapat peluang menghasilkan artikel untuk akhbar dan majalah. -Penulisan blog adalah langkah awal untuk menjadi seorang penulis.
Satu lagi cara baru utk buat duit ialah jual blog ( Flipping Blog). Kalau blog korang ni ada ramai audience dan memang best ada pelunag untuk laku. Janga terkejut ada yg dah berjaya jual blog mereka dengan harga beribu hingga berjuta dollar. Fuh!
Merchandising - Ni satu lagi cara nak dapat duit. kalu blog korang dah popular dan ade peminat sendiri, cuba2 le buat t-shirt, topi, beg dan lain2 lagi atas jenama blog korang. Cara ni kurang berkesan, tapi kalau produk tau jenama korang tu memang best dan mampu memikat hati segenap pelawat blog korang, ade le rezekinya.
Akhir sekali, kalau blog korang ni dah maju dan jaya dan korang dah jadi seorang blogger yg hebat, korang boleh cuba adakan seminar atau bengkel utk blogger2 baru atau blogger2 yg x maju lagi dan kenekan bayaran. Tak salah korang turunkan skit ilmu tu dan dapat bayaran.


Huh... betul ke benda camtu boleh buat duit? Korang boleh cuba dan belajar. Menjana pendapatan dari blog bukan perkara mudah. Untuk mendapat hasil lumayan setiap bulan melalui blog, korang kene peka dan sentiasa belajar mengenai blog, internet, iklan , marketing dan jaringan social ( sociAL NETWORKING). Untuk buat duit dengan cara2 yg dinyatakan tadi,
yg paling penting ialah pembaca/pelawat ( audience). Jika ada ramai pelawat /pembaca artikel anda, populariti blog anda akan meningkat. Mereka munkin akan klik pada iklan yg anda pasang atau membeli produk/servis yg diiklan pada blog anda. jadi kata kunci di sini ialah popular. Untuk menjadikan blog korang popular korang kena hasilkan kandungan ( content) yg bagus dan berguna ( berkualiti ). Bak kata Bill Gates - " Content is King" - " kandungan adalah raja".
Tapi kalau content tu x de kualiti tak guna juga dan pupolariti xkan ade.
banyak lagi yg akan tulis mengenai penulisan blog dan penjanaan pendapatan melalui blog.

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner