Games

Sunday, December 23, 2007

tulis blog - Kenapa?

Kenapa dengan aku ni? Tiba2 je tulis pasal 'kenapa'. Tapi, 'kenapa' adalah soalan yg penting untuk semua orang. Kita selalu diajar bagaimana, tetapi jarang diberitahu kenapa.
Tapi kenapa?
Kalau korang nak jadi seorang blogger yg berjaya dan mampu menghasilkan duit melalui blog, korang cuba jawab soalan2 kenapa berikut:
- kenapa orang lain perlu melawat blog aku?
- kenapa orang tak melawat blog aku?
- kenapa pelawat2 blog aku ni perlu klik pada iklan?
- kenapa pembaca suka sesebuah topik berbanding topik yg lain?
- kenapa blog aku kurang pelawat?
- kenapa artikel2 aku kurang mendapat perhatian?

selepas munculnya soalan2 kenapa ni, cuba selesaikan soalan 'bagaimana' pula. Kita perlu bertanya kenapa kita masih gagal dan bila sudah berjaya kita bertanya kenapa kita berjaya. Sebab dan kesan adalah sebahagian dari kenapa. Dengan mencari sebab hasil dari kesan2, kita pasti akan mendapat jawapan dan memulakan tindakan dengan menggunakan 'bagaimana'.

jadi, kenapa korang baca artikel ni? sila komen.

No comments:

Digg

Suapan TULISTULISBLOg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner